Isnin, 31 Mac 2014

Energizing Soy Protein (ESP)

Kalau kamu mau tau (kalau tidak mau tau pun saya kasitau juga :-P ), Energizing Soy Protein (ESP) ni ialah produk Shaklee yang paling LARIS! Paling HOT di pasaran :-D .
ESP

Berbalik kepada kenapa ESP menjadi pujaan ramai. Kita bercakap secara fakta sekejap, ok.. ESP ialah protein soya yang berkualiti tinggi. Ia didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlicks, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi yang mencapai 100°C (suhu didih air).
Mengapa kita perlukan Protein?
Protein diperlukan oleh badan kita untuk pertumbuhan, penjagaan dan pembaikpulihan sel-sel di dalam badan.
Protein merupakan komponen paling utama di dalam otot, tisu dan organ di dalam badan dan ianya amat penting bagi proses2 seperti metabolisme, pencernaan, membekalkan tenaga dan haba, dan membantu pengedaran nutrien serta oksigen di dalam darah.
Protein juga perlu untuk penghasilan antibodi yang dapat membantu dalam menghalang jangkitan penyakit. Ia juga adalah satu daripada nutrien utama yang memelihara rambut supaya sihat dan bersinar, kuku yang kuat, kulit yang segar dan berseri, dan untuk tulang yang sihat dan kuat.
Sumber : http://www.helpwithcooking.com/nutrition-information/protein-guide.html
Sumber utama protein adalah daripada makanan seperti daging, ikan, kerang-kerangan, ayam dan itik, dan hasil tenusu.
Jadi, kenapa perlu ambil ESP kalau boleh dapat protein daripada makanan-makanan di atas?
ESP ni berbeza daripada sumber-sumber protein yang lain sebab ia rendah lemak, bebas laktosa dan bebas kolesterol. ESP Shaklee berbeza daripada serbuk protein jenama lain kerana ia menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.
Apa pula maksud bukan-GMO?
GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai genetic engineering).
Sumber : http://www.nongmoproject.org/learn-more/what-is-gmo/
Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkanya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini.Sumber : http://www.nongmoshoppingguide.com/about-gmos.html
Di dalam proses Genetic Engineering ini, jurutera genetik sentiasa menemui kesan-kesan sampingan yang tidak diingini. Antaranya ialah, Tumbuhan GM:-
  • Menghasilkan toksin
  • Bertindakbalas dengan keadaan cuaca secara berbeza
  • Mengandungi sama ada terlalu banyak atau pun terlalu sedikit nutrien
  • Menjadi berpenyakit atau rosak dan kemudiannya mati.
Kajian terhadap pemberian makanan GMO kepada binatang mendapati :
  • Ketumbuhan sel berpotensi pra-kanser
  • Kerosakan sistem imunisasi
  • Otak, hati dan testikel yang lebih kecil
  • Kemerosotan separa atau peningkatan kepadatan hati
  • Bentuk sel nukleus yang ganjil
  • Lain-lain anomali yang tidak dapat diterangkan, kehamilan palsu dan kadar kematian yang lebih tinggi.
    Sumber : http://www.nongmoshoppingguide.com/about-gmos.html
Bukan-GMO bermaksud, tidak dihasilkan melalui teknik yang disebutkan di atas, oleh itu, ia tidak membahayakan kesihatan kita. Ingat jaminan Shaklee? Produk Shaklee Sentiasa Selamat.
Antara Kesan-kesan Kekurangan Protein:-
  • Luka dan penyakit kulit lambat sembuh.
  • Tubuh menjadi lemah, letih dan lesu.
  • Rambut menjadi nipis dan senang putus.
  • Susah untuk tidur.
Keistimewaan ESP Shaklee
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Isoflavones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.
esp
Siapakah yang memerlukan ESP?
ESP adalah sesuai untuk :-
  • Individu yang sibuk
    ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas
  • Individu yang ingin mengurangkan berat badan
    Bancuhkan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi. Ia akan memberi rasa kenyang yang lebih lama.
  • Wanita Hamil
    membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.
  • Ibu-ibu yang menyusukan anak
    membantu memperbanyakkan dan mengekalkan bekalan susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
  • Pesakit Kencing Manis
    mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  • Individu yang mementingkan penjagaan kulit muka
    membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.
  • Sesiapa yang ingin kekal sihat.
Walau bagaimana pun, kanak-kanak dan mereka yang yang mempunyai masalah buah pinggang serta kesukaran memproses protein tidak digalakkan untuk mengambil ESP.
Seperti yang telah saya nyatakan di atas, ESP sesuai dibancuh dengan minuman kegemaran anda. Namun, jangan campurkan ESP dengan minuman berkafein, ok.
Personally, saya suka bancuh dengan milo, satu sudu makan ESP sebelum sarapan, satu sudu makan untuk brunch (10.30am – 11.00am) dan satu sudu makan untuk tea (3.30pm – 4.00pm). Kita tidak boleh mengambil lebih daripada tiga sudu makan ESP dalam sehari. Satu canister ESP Shaklee adalah cukup untuk 30 hidangan dengan mengambilkira tiga sudu makan sehari.
Hubungi saya sekiranya berminat untuk mendapatkan ESP dan untuk konsultansi percuma. Tidak tinggal berdekatan dengan saya? Jangan risau, Shaklee menyediakan perkhidmatan untuk pos produk idaman anda. :-) 
Berminat whatsapp 017-2315837 @ email janatunnaim84@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan