Fungsi dan kebaikan Zinc
Secara umumnya, zinc adalah penting untuk :-
pertumbuhan dan pembahagian sel
Zinc adalah amat penting terutama sekali semasa kehamilan kerana sel2 fetus yang sedang membesar membahagi dengan pantas. Zinc juga membantu untuk mengelakkan kecacatan kongenital dan kelahiran pramatang. Selain daripada itu, ia juga adalah penting dalam mengaktifkan pertumbuhan – tinggi, berat dan pembinaan tulang – pada bayi, kanak2 dan golongan remaja.

kesuburan (fertility)
Zinc memainkan peranan yang terpenting di dalam kesuburan. Bagi lelaki, zinc melindungi kelenjar prostat daripada jangkitan (prostates) dan seterusnya daripada pembesaran (prostatic hypertrophy). Zinc membantu mengawal bilangan sperma dan mobilitinya, dan menormalkan paras serum testosteron. Bagi wanita pula, zinc dapat membantu memperbaiki masalah haid dan melegakan sistem berkaitan PMS.

sistem daya tahan penyakit
Antara banyak2 vitamin dan mineral, zinc menunjukkan kesan yang paling kuat pada sistem daya tahan penyakit kita. Ia memainkan peranan penting dalam T-cells. Paras zinc yang rendah membawa kepada pengurangan dan melemahkan T-cells, yang kemudiannya tidak berupaya mengenal dan melawan sesetengah jangkitan. Peningkatan paras zinc dalam badan terbukti efektif dalam melawan pneumonia, cirit-birit dan jangkitan-jangkitan lain. Zinc juga dapat memendekkan tempoh dan mengurangkan demam yang teruk.

deria rasa, deria bau dan selera
Zinc mengaktifkan bahaguan di dalam otak yang menerima dam memproses maklumat daripada deria rasa dan deria bau. Paras zinc di dalam plasma dan kesan zinc kepada nutrien yang lain, seperti tembaga dan mangan, mempengaruhi selera dan pemilihan rasa. Ia juga digunakan dalam merawat anoreksia.

kulit, rambut dan kuku
zinc mempercepatkan pembaharuan sel-sel kulit. Krim zinc digunakan untuk melegakan ruam lampin pada bayi dan untuk menyembuhkan luka. Zinc telah dibuktikan dapat merawat acne dengan efektif, dan zinc juga dikatakan memberi kesan positif ke atas psoriasis dan neurodermitis.

Zinc juga digunakan sebagai ejen
anti-radang yang dapat membantu melegakan tisu kulit, terutamanya dalam
kes-kes seperti kulit terselar (sunburn), kelepuhan (blisters) dan
sesetengah penyakit gusi.
Zinc penting untuk rambut yang sihat.
Paras zinc yang tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan rambut gugur,
rambut nipis, tidak bermaya dan beruban awal. Syampu yang mengandungi
zinc boleh mengelakkan kelemumur.
penglihatan
retina mata juga mengandungi kepekatan zinc yang tinggi. Apabila umur meningkat, zinc retina yang semakin berkurang mungkin menyebabkan pembentukan age-related macular degeneration (AMD), yang akan membawa kepada kehilangan penglihatan sebahagian atau pun sepenuhnya. Zinc mungkin juga melindungi mata daripada night blindness dan menghalang katarak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan